HERBA SAHABAT LELAKI
Apabila mengatakan herba untuk lelaki , persepsi kita secara spontan mengaitkan khasiat dan kemujarabannya dalam meningkatkan tenaga batin dan merangsangkan syahwat.Dalam menghadapi persaingan dengan perkembangan perubatan teknologi moden hari ini, perubatan tradisional menggunakan herba terus tidak dilupakan. Malah sesetengah penyakit khususnya yang dihadapi oleh kaum lelaki lebih mudah dirawat dengan menggunakan herba-herba tertentu, terutamanya masalah-masalah yang berkait rapat dengan seksualiti. Mari kita lihat kebaikannya...
TONGKAT ALI (EURYCOMA LONGIFOLIA)
Keberkesanannya sebagai perangsang syahwat tidak lagi dipertikaikan, khususnya bagi kaum lelaki. Herba itu, yang banyak terdapat di kawasan hutan di seluruh Malaysia, Borneo & Sumatera, tumbuh liar dan menjangkau jangka hayat sehingga 20-30 tahun. Akar pokok tongkat ali diproses menjadi bentuk serbuk untuk kegunaan membuat ubat-ubatan atau minuman. Herba ini bertindak melancarkan peredaran darah dalam badan. Komponen aktif dalam ekstrak tongkat ali merangsangkan pengeluaran hormon testosteron, sekali gus meningkatkan aktiviti seksual.
JINTAN HITAM (NIGELLA SATIVA)
Memakan jintan hitam merupakan salah satu langkah bagi membantu kaum lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin . Caranya ialah dengan menjerang segelas susu segar sehingga mendidih sebelum dicampurkan dengan satu sudu kecil jintan hitam dan satu satu sudu besar madu dan minum ketika masih suam sebelum melakukan hubungan kelamin. Ada juga yang mengamalkan 7 butir jintan hitam pada setiap hari untuk menjaga kesihatan. Air rebusannya juga mujarab untuk menghilangkan sengal-sengal tulang, sakit kepala serta memulihkan kesihatan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak.
UBI JAGA (SMILAX MYOSOTIFLORA)
Herba ini tumbuh memanjat di kawasan hutan. Di kalangan orang asli, ia dikenali sebagai keranting, itah besi, akar ding atau akar dawai kerana akarnya yang keras seperti dawai. Bahagian yang digunakan ialah ubinya yang juga diproses menjadi serbuk untuk kegunaan membuat jamu dan ubat-ubatan.
SELERI( APIUM GRAVEOLENS)
Khasiat herba ini mula dikenali sejak zaman keagungan Rom dan Arab lagi kerana keberkesanannya dalam membersihkan darah serta meningkatkan daya ketahanan seks terutamanya lelaki. Cara penggunaanya cukup mudah, ia enak dimakan mentah ataupun digunakan dalam sup. Di zaman Rom pula mereka menggunakan jintan manis, halia, herba Inggeris thyme dan seleri untuk dicampurkan ke dalam masakan bagi tujuan menambah kekuatan seks lelaki.
LADA HITAM (PIPER NIGRUM)
Lada hitam boleh memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah. Oleh kerana itulah ia dijadikan petua untuk menambah tenaga lelaki . Ini kerana, minyak lada sulah digunakan sebagai minyak urut untuk merangsang seks sekali gus menguatkan otot-otot dalaman. Ia dikatakan baik untuk membuang angin dan boleh menguatkan otot pinggang sekali gus bagi tujuan tenaga batin lelaki.
LENGKUAS ( ALPINIA GALANGA)
Tidak kurang hebat, lengkuas juga dapat membantu para lelaki yang mengalami masalah tenaga batin. Bagi menambahkan rangsangan nafsu dan kekuatan tenaga batin, bolehlah mengambil 4-5 cm lengkuas setiap pagi kemudian ambil air perahannya. Jika diminum setiap pagi, dengan izin Tuhan pasti lelaki yang bermasalah dapat mengatasi konflik besar yang bersarang di dalam dirinya.
KULIT KAYU MANIS ( CINNAMOMUM ZEYLANICUM)
Jika dimakan bersama rempah yang lain boleh memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah. Ia juga merangsang otot-otot dalam badan agar berfungsi dengan lebih teratur, sekali gus menambah tenaga batin
MENGKUDU (MORINDA CITRIFOLIA)
Pokok ini tumbuh di kawasan hutan ataupun ditanam di halaman rumah dengan ketinggian kira-kira 8 meter. Daunnya yang lebar direbus untuk dibuat ulam yang amat mujarab untuk mengatasi masalah lemah tenaga kelakian atau ejakulasi terlalu awal. Buahnya juga diproses untuk membuat jus atau tonik untuk mengembalikan kekuatan benih serta menghentikan pengeluaran cecair busuk dari alat sulit.