!-- nuffnang --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cara menjana income 4 angka dalam sehari.

Sunday, 20 December 2015

16 Tip Kurus Tanpa DIET

             TIP KURUS TANPA DIET

                                Image result for kurus tanpa diet

Tidak dinafikan, menurunkan berat badan dan mendapatkan badan yang ideal bukanlah mudah. Diet & latihan kecergasan belum tentu menjamin hasil yang diingini. Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan ia tidak berjaya. Walau bagaimanapun, ada cara yang boleh membantu kita untuk kelihatan langsing secara semula jadi. Amalkan ini....


BANGUN TIDUR

Setiap kali bangun tidur pada waktu pagi, duduklah perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Luruskan kaki & sandarkan badan. Lakukan regangan lembut di bahagian punggung & paha belakang. Tahan, rehat selama 5 saat & ulang. Gerakan ini membakar 10 kalori.


GOSOK GIGI

Image result for gosok gigi

Ketika memberus gigi , berdiri dengan sebelah kaki & lakukan secara gantian. Latihan keseimbangan ini membantu meningkatkan kekuatan otot & baik untuk otak kita.

SQUAT

Image result for squat

Tidak perlu menggunakan peralatan atau tempat khusus untuk melakukan gerakan ini. Sebelum duduk di tempat kerja, buka kaki selebar bahu, turunkan badan perlahan-lahan. Latihan ini membantu membuatkan otot paha lebih kencang

PUSH UP

Image result for push up
Lakukan latihan ini pada bahagian dinding. Dengan hanya 3 sesi sahaja dapat membantu menguatkan dada & trisep.

YOGA

Image result for yoga
Ketika sedang beratur sama ada menunggu giliran atau sebagainya, cuba lakukan yoga dengan merapatkan kedua belah tapak tangan & bawa ke belakang punggung. Tahan posisi selama 10-20 saat. Tarik nafas & hembus.

MEMBELI BELAH

Dengan membawa barang-barang hasil membeli belah dapat meningkatkan daya ketahanan & membakar kalori. Begitu juga ketika mencuba beberapa helai pakaian sebelum membeli juga boleh membuatkan kalori terbakar. Ia membakar sehingga 60 kalori.

BERJALAN

Segeralah angkat apabila mendengar telefon berbunyi. Bercakaplah sambil berjalan-jalan kecil & berdiri. Gerakan ini membakar 50 kalori.

TURUN NAIK TANGGA

Dengan hanya turun naik tangga selama 2 minit per hari selama 5 hari memberi persamaan dengan berjalan selama 20 minit. Ia membakar 100-400 kalori.

BERCUTI
Image result for bercuti
Bukan sekadar untuk bercuti & berseronok tetapi dengan perjalanan untuk tujuan melawat sanak saudara atau kawan-kawan boleh membantu kita membakar kalori.

REGANGAN WAKTU MALAM

Sambil merehatkan diri pada waktu malam dengan menonton tv, cuba lakukan sedikit regangan. Duduk & angkat kedua belah tangan sehingga ke atas kepala. Tahan posisi ini selama 20 saat sambil tarik & hembus nafas secara perlahan-lahan.

TIDUR DI LANTAI

Sebelum bersiap untuk melelapkan mata, cuba rebahkan diri ke lantai dengan posisi kaki ke atas. Tahan selama 5 saat, rehat & ulangi lagi. Lakukan gerakan ini selama 10-12 kali untuk membantu menguatkan hamstring & otot.

MENYANYI
Image result for menyanyi
Walaupun suara agak sumbang, tidak salah untuk menyanyi. Ini kerana, ia membantu meningkatkan semangat dalam diri kita. Ia membakar sehingga 70 kalori

PAKAIAN

Gunakan pakaian dengan warna-warna gelap & motif yang tidak terlalu banyak. Jika bahagian pinggul & paha agak besar, pilihlah seluar panjang (straight cut) untuk menampakkan lebih tinggi & langsing.

PAKAIAN DALAM

Saiz pakaian dalam yang terlalu kecil boleh membuatkan badan kelihatan lebih gemuk. Jadi, cubalah ke kedai pakaian dalam untuk mendapatkan ukuran pakaian dalam yang sebenar & tepat.

PAKAIAN PELANGSING
Image result for pakaian pelangsing
Pakaian pelangsing menjadi salah satu cara untuk anda nampak ramping. Dengan pakaian pelangsing, perut & paha akan kelihatan lebih kecil. Ia juga membuatkan kita rasa yakin diri & dapat menyembunyikan bahagian badan yang berlebihan.

IKAT RAMBUT

Salah satu cara untuk memanipulasikan badan agar kelihatan lebih langsing adalah dengan mengikat rambut ke atas( ekor kuda). Cara ini menampakkan badan lebih tinggi, sekaligus mempengaruhi bentuk badan kita.


No comments:

Post a Comment