Wanita sudah memang sifatnya terlalu memikirkan sesuatu perkara ketika menjalinkan perhubungan cinta. Kadang-kadang perkara yang remeh difikirkan sebagai satu perkara yang besar oleh wanita. Namun berbeza pula dengan lelaki. Ketika dalam perhubungan tak semua perkara yang dirasakan penting oleh wanita adalah penting buat lelaki.Antaranya...
TIDAK BERSOLEK
Sebenarnya lelaki tidak terlalu memperhatikan sama ada pasangannya bersolek ataupun tidak. Sejujurnya mereka tidak kisah pun tetapi mereka lebih takut sekiranya pasangannya itu bersolek tebal.
SOAL BELANJA
Sesetengah wanita terlalu memikirkan soal belanja pasangan apabila diajak keluar temu janji. Namun, jangan risau kerana sekiranya teman lelaki mempelawa wanita keluar makan contohnya, sudah pasti mereka sudah menyediakan wang perbelanjaan yang mencukupi.
KELUAR BERSAMA RAKAN
Baik lelaki mahu pun wanita pasti memerlukan ruang masa tersendiri. Justeru, usah risau untuk keluar atau mempunyai aktiviti lain bersama rakan-rakan. Lelaki selalunya tidak mengambil serius soal itu kerana mereka juga ada perancangan bersama rakan mereka.
KAWAL MAKAN
Kebiasaannya wanita sangat menjaga cara makan ketika keluar bersama. Saat mengawal cara makan di depan pasangan, ia sebenarnya sangat merugikan. Selain tidak kenyang, pastinya tingkah laku akan terlihat kekok. Percayalah lelaki tidak kisah cara wanita makan asalkan ia kelihatan sopan. Usah malu untuk menambah makanan andai masih berasa lapar.
TIDAK MENGHUBUNGI
Lelaki yang sibuk dengan urusan kerja di pejabat tidak kisah sekiranya pasangan tidak menghubunginya seharian. Selalunya urusan di pejabat menjadi fokus mereka & tidak mahu diganggu. Jadi, wanita usah khuatir & serba salah andai tidak menghubungi atau memberi khidmat pesanan ringkas kepada si jejaka. Hanya hubungi sekiranya ada hal penting yang perlu dibincangkan.
No comments:
Post a Comment