!-- nuffnang --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cara menjana income 4 angka dalam sehari.

Sunday, 20 December 2015

Ganti Nasi Untuk Kurus

            GANTI NASI UNTUK KURUS

                               Image result for nasi
Nasi merupakan makanan ruji penduduk Asia malah ada yang beranggapan jika belum makan nasi umpama belum sempurna makan. Nasi memiliki indeks glikemik yang tinggi. Ini bermakna nasi lebih cepat diserap menjadi gula dalam darah. Pakar nutrisi menyarankan agar tidak terus membuang nasi dalam pengambilan makanan harian. Kita cuma perlu mengawal pengambilan nasi setiap hari. Menurut pakar nutrisi, setiap individu perlu makan nasi hanya segenggam sahaja. Selain itu, kita juga boleh menggantikan nasi dengan makanan berkhasiat yang lain.


TUKAR NASI AMBIL PASTA

Image result for pasta
Pasta adalah makanan barat yang juga digunakan untuk mengganti nasi. Pasta mempunyai indeks glikemik yang rendah iaitu sekitar 4.1 sahaja. Selain itu, pasta mengandungi banyak nutrisi lain seperti asid folat & kandungan lemak yang rendah.

TUKAR NASI AMBIL JAGUNG
Image result for jagung
Jagung mengandungi sumber karbohidrat yang boleh memenuhi keperluan tubuh manusia. Jagung juga kaya dengan antioksida & vitamin B, serat serta mineral. Jagung boleh dicampur di dalam sup atau sebagai salad.

TUKAR NASI AMBIL OAT






Oat bukan sahaja boleh membantu tubuh daripada gangguan jantung, kolestrol & penyakit diabetes malah boleh membantu mengurangkan berat badan. Oat adalah makanan yang mengandungi serat cukup tinggi. Oat mampu memberi tenaga kepada tubuh lebih tinggi daripada nasi.

TUKAR NASI AMBIL KENTANG
Image result for kentang
Kentang antara pilihan sebagai pengganti nasi ketika menjalani program diet. Kentang memenuhi keperluan karbohidrat tubuh & kaya dengan vitamin C, B, zat Besi, Kalsium & Kalium. Kentang juga mempunyai nutrisi yang dapat membakar lemak pada tubuh.

TUKAR NASI AMBIL SUKUN
Image result for buah sukun
Kita sering makan kerepek sukun yang manis & rangup. Namun, jika diadun dengan betul, sukun merupakan makanan sihat yang boleh membantu menurunkan berat badan. Sebaik-baiknya sukun ini dikukus atau direbus. Sukun mengandungi flavonoid yang baik untuk jantung & buah pinggang.

TUKAR NASI AMBIL UBI KAYU
Image result for ubi kayu
Ketika zaman peperangan Jepun dahulu ubi dijadikan makanan utama menggantikan beras. Ubi kayu boleh membantu menurunkan kadar kolestrol jahat kerana mengandungi serat yang tinggi. Karbohidrat kompleks di dalam ubi kayu mempunyai indeks glikemik yang rendah iaitu kurang 5.5 sahaja.

TUKAR NASI AMBIL UBI KELADI
Image result for ubi keladi
Indeks glikemik ubi keladi hanya sekitar 5.4 sahaja. Kadar ini cukup rendah & baik buat mereka yang mengamalkan diet sihat. Ubi keladi juga mengandungi nutrisi yang seimbang & lengkap. Kandungan karbohidrat ubi keladi tinggi iaitu hampir 80%

TUKAR NASI AMBIL UBI KELEDEK
Image result for ubi keledek
Ubi keledek juga boleh mengganti nasi & sedap untuk dimakan. Ubi keledek mempunyai rasa yang manis & terkenal kerana mempunyai sumber nutrisi yang lengkap. Kaya dengan fosfor, kalsium, betakaroten, vitamin A, vitamin C , vitamin B1, zat besi, protein,lemak, air & karbohidrat. Ubi keledek juga mempunyai indeks glikemik yang rendah iaitu 5.4

No comments:

Post a Comment