!-- nuffnang --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cara menjana income 4 angka dalam sehari.

Monday, 25 January 2016

8 HERBA TERBAIK untuk LELAKI - Kelebihan Herba

       HERBA SAHABAT LELAKI       

Apabila mengatakan herba untuk lelaki , persepsi kita secara spontan mengaitkan khasiat dan kemujarabannya dalam meningkatkan tenaga batin dan merangsangkan syahwat.

   Dalam menghadapi persaingan dengan perkembangan perubatan teknologi moden hari ini, perubatan tradisional menggunakan herba terus tidak dilupakan. Malah sesetengah penyakit khususnya yang dihadapi oleh kaum lelaki lebih mudah dirawat dengan menggunakan herba-herba tertentu, terutamanya masalah-masalah yang berkait rapat dengan seksualiti. Mari kita lihat kebaikannya...


 TONGKAT ALI (EURYCOMA LONGIFOLIA)  



Keberkesanannya sebagai perangsang syahwat tidak lagi dipertikaikan, khususnya bagi kaum lelaki. Herba itu, yang banyak terdapat di kawasan hutan di seluruh Malaysia, Borneo & Sumatera, tumbuh liar dan menjangkau jangka hayat sehingga 20-30 tahun. Akar pokok tongkat ali diproses menjadi bentuk serbuk untuk kegunaan membuat ubat-ubatan atau minuman. Herba ini bertindak melancarkan peredaran darah dalam badan. Komponen aktif dalam ekstrak tongkat ali merangsangkan pengeluaran hormon testosteron, sekali gus meningkatkan aktiviti seksual.

   JINTAN HITAM  (NIGELLA SATIVA)     



Memakan jintan hitam merupakan salah satu langkah bagi membantu kaum lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin . Caranya ialah dengan menjerang segelas susu segar sehingga mendidih sebelum dicampurkan dengan satu sudu kecil jintan hitam dan satu satu sudu besar madu dan minum ketika masih suam sebelum melakukan hubungan kelamin. Ada juga yang mengamalkan 7 butir jintan hitam pada setiap hari untuk menjaga kesihatan. Air rebusannya juga mujarab untuk menghilangkan sengal-sengal tulang, sakit kepala serta memulihkan kesihatan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak.

  UBI JAGA (SMILAX MYOSOTIFLORA)  



Herba ini tumbuh memanjat di kawasan hutan. Di kalangan orang asli, ia dikenali sebagai keranting, itah besi, akar ding atau akar dawai kerana akarnya yang keras seperti dawai. Bahagian yang digunakan ialah ubinya yang juga diproses menjadi serbuk untuk kegunaan membuat jamu dan ubat-ubatan.

   SELERI( APIUM GRAVEOLENS)    

Khasiat herba ini mula dikenali sejak zaman keagungan Rom dan Arab lagi kerana keberkesanannya dalam membersihkan darah serta meningkatkan daya ketahanan seks terutamanya lelaki. Cara penggunaanya cukup mudah, ia enak dimakan mentah ataupun digunakan dalam sup. Di zaman Rom pula mereka menggunakan jintan manis, halia, herba Inggeris thyme dan seleri untuk dicampurkan ke dalam masakan bagi tujuan menambah kekuatan seks lelaki.


  LADA HITAM (PIPER NIGRUM)   

Lada hitam boleh memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah. Oleh kerana itulah ia dijadikan petua untuk menambah tenaga lelaki . Ini kerana, minyak lada sulah digunakan sebagai minyak urut untuk merangsang seks sekali gus menguatkan otot-otot dalaman. Ia dikatakan baik untuk membuang angin dan boleh menguatkan otot pinggang sekali gus bagi tujuan tenaga batin lelaki.

  LENGKUAS ( ALPINIA GALANGA)  



Tidak kurang hebat, lengkuas juga dapat membantu para lelaki yang mengalami masalah tenaga batin. Bagi menambahkan rangsangan nafsu dan kekuatan tenaga batin, bolehlah mengambil 4-5 cm lengkuas setiap pagi kemudian ambil air perahannya. Jika diminum setiap pagi, dengan izin Tuhan pasti lelaki yang bermasalah dapat mengatasi konflik besar yang bersarang di dalam dirinya.

KULIT KAYU MANIS ( CINNAMOMUM ZEYLANICUM)

Jika dimakan bersama rempah yang lain boleh memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah. Ia juga merangsang otot-otot dalam badan agar berfungsi dengan lebih teratur, sekali gus menambah tenaga batin

  MENGKUDU (MORINDA CITRIFOLIA)   



Pokok ini tumbuh di kawasan hutan ataupun ditanam di halaman rumah dengan ketinggian kira-kira 8 meter. Daunnya yang lebar direbus untuk dibuat ulam yang amat mujarab untuk mengatasi masalah lemah tenaga kelakian atau ejakulasi terlalu awal. Buahnya juga diproses untuk membuat jus atau tonik untuk mengembalikan kekuatan benih serta menghentikan pengeluaran cecair busuk dari alat sulit.

Monday, 21 December 2015

Tip beralih ke Jawatan Tetap

        TIP BERALIH KE JAWATAN TETAP

                            Image result for OFFICE WORK

Status kamu hanyalah sebagai pekerja kontrak atau separuh masa . Namun, kamu menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja yang berdedikasi, bersungguh-sungguh & bekerja keras. Kamu serasi dengan pekerjaan sedia ada & berharap dapat diserapkan ke jawatan tetap. Langkah berikut perlulah dilakukan..

1. BERSIKAP PROFESIONAL

Image result for OFFICE WORK

Tunjukkan keupayaan kamu selayak pekerja sepenuh masa. Datang kerja tepat pada masa ditetapkan & elakkan kebiasaan perkara yang mengganggu kerja. Tunjukkan perkhidmatan yang terbaik pada syarikat.

2. LEBIH BERDAYA MAJU

Image result for OFFICE WORK

Tidak ada salahnya menghulurkan bantuan ketika waktu bekerja kamu sudah tamat atau ia di luar bidang kerja. Kemukakan cadangan penambahbaikan kerja. Sekiranya cadangan itu diterima, cubalah mempraktikkan idea tersebut.

3. LEBIH PROAKTIF

Image result for OFFICE WORK
Menjadi aktif sahaja tidak cukup untuk memperlihatkan betapa serius kamu menjadi sebahagian dari anggota syarikat. Proaktif ketika bekerja dengan mencari kekosongan jawatan yang ada. Mohon jawatan yang ditawarkan. Mungkin pihak pengurusan syarikat akan memberi keutamaan kepada nama yang dikenali.

4. UNGKAPKAN KEINGINAN

Image result for OFFICE WORK

Majikan pasti akan melihat semangat & kesungguhan yang ditunjukkan selama kamu bekerja. Namun mereka tidak boleh membaca keinginan kamu itu jika tidak diberitahu. Katakan pada majikan tentang niat kamu untuk terus bekerja serta kesediaan kamu menjadi pekerja sepenuh masa.

5. TINGKATKAN KUALITI DIRI

Image result for OFFICE WORK

  • Sentiasa dedikasikan diri pada pekerjaan, cekal & berusaha menyelesaikan kerja walau sesukar mana pun.
  • Urus masa kerja mengikut keutamaan kerja & menyiapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan.
  • Bekerja dalam pasukan membuatkan kamu lebih bertanggungjawab. Kamu juga tidak boleh mempunyai masalah komunikasi dengan mereka & atasan.

Sunday, 20 December 2015

5 Perkara tentang Wanita, Lelaki Tidak Kisah

PERKARA TENTANG WANITA, LELAKI              TIDAK KISAH
                                 Image result for JUSTIN BIEBER
Wanita sudah memang sifatnya terlalu memikirkan sesuatu perkara ketika menjalinkan perhubungan cinta. Kadang-kadang perkara yang remeh difikirkan sebagai satu perkara yang besar oleh wanita. Namun berbeza pula dengan lelaki. Ketika dalam perhubungan tak semua perkara yang dirasakan penting oleh wanita adalah penting  buat lelaki.Antaranya...

TIDAK BERSOLEK

Image result for make up

Sebenarnya lelaki tidak terlalu memperhatikan sama ada pasangannya bersolek ataupun tidak. Sejujurnya mereka tidak kisah pun tetapi mereka lebih takut sekiranya pasangannya itu bersolek tebal.

SOAL BELANJA

Image result for duit

Sesetengah wanita terlalu memikirkan soal belanja pasangan apabila diajak keluar temu janji. Namun, jangan risau kerana sekiranya teman lelaki mempelawa wanita keluar makan contohnya, sudah pasti mereka sudah menyediakan wang perbelanjaan yang mencukupi.

KELUAR BERSAMA RAKAN

Image result for friends

Baik lelaki mahu pun wanita pasti memerlukan ruang masa tersendiri. Justeru, usah risau untuk keluar atau mempunyai aktiviti lain bersama rakan-rakan. Lelaki selalunya tidak mengambil serius soal itu kerana mereka juga ada perancangan bersama rakan mereka.

KAWAL MAKAN

Image result for control food

Kebiasaannya wanita sangat menjaga cara makan ketika keluar bersama. Saat mengawal cara makan di depan pasangan, ia sebenarnya sangat merugikan. Selain tidak kenyang, pastinya tingkah laku akan terlihat kekok. Percayalah lelaki tidak kisah cara wanita makan asalkan ia kelihatan sopan. Usah malu untuk menambah makanan andai masih berasa lapar.

TIDAK MENGHUBUNGI

Image result for phone call

Lelaki yang sibuk dengan urusan kerja di pejabat tidak kisah sekiranya pasangan tidak menghubunginya seharian. Selalunya urusan di pejabat menjadi fokus mereka & tidak mahu diganggu. Jadi, wanita usah khuatir & serba salah andai tidak menghubungi atau memberi khidmat pesanan ringkas kepada si jejaka. Hanya hubungi sekiranya ada hal penting yang perlu dibincangkan.