Status kamu hanyalah sebagai pekerja kontrak atau separuh masa . Namun, kamu menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja yang berdedikasi, bersungguh-sungguh & bekerja keras. Kamu serasi dengan pekerjaan sedia ada & berharap dapat diserapkan ke jawatan tetap. Langkah berikut perlulah dilakukan..
1. BERSIKAP PROFESIONAL
Tunjukkan keupayaan kamu selayak pekerja sepenuh masa. Datang kerja tepat pada masa ditetapkan & elakkan kebiasaan perkara yang mengganggu kerja. Tunjukkan perkhidmatan yang terbaik pada syarikat.
2. LEBIH BERDAYA MAJU
Tidak ada salahnya menghulurkan bantuan ketika waktu bekerja kamu sudah tamat atau ia di luar bidang kerja. Kemukakan cadangan penambahbaikan kerja. Sekiranya cadangan itu diterima, cubalah mempraktikkan idea tersebut.
3. LEBIH PROAKTIF
Menjadi aktif sahaja tidak cukup untuk memperlihatkan betapa serius kamu menjadi sebahagian dari anggota syarikat. Proaktif ketika bekerja dengan mencari kekosongan jawatan yang ada. Mohon jawatan yang ditawarkan. Mungkin pihak pengurusan syarikat akan memberi keutamaan kepada nama yang dikenali.
4. UNGKAPKAN KEINGINAN
Majikan pasti akan melihat semangat & kesungguhan yang ditunjukkan selama kamu bekerja. Namun mereka tidak boleh membaca keinginan kamu itu jika tidak diberitahu. Katakan pada majikan tentang niat kamu untuk terus bekerja serta kesediaan kamu menjadi pekerja sepenuh masa.
5. TINGKATKAN KUALITI DIRI
- Sentiasa dedikasikan diri pada pekerjaan, cekal & berusaha menyelesaikan kerja walau sesukar mana pun.
- Urus masa kerja mengikut keutamaan kerja & menyiapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan.
- Bekerja dalam pasukan membuatkan kamu lebih bertanggungjawab. Kamu juga tidak boleh mempunyai masalah komunikasi dengan mereka & atasan.